Panduan pengguna Nokia 7.1

Skip to main content
All Devices

Nokia 7.1

Tulis teks

Ketahui cara untuk menulis teks dengan cepat dan dengan berkesan menggunakan papan kekunci telefon anda.

Gunakan papan kekunci pada skrin

Menulis dengan papan kekunci pada skrin adalah mudah. Anda boleh menggunakan papan kekunci apabila menggunakan telefon anda dalam mod potret atau landskap. Bentangan papan kekunci boleh berbeza dalam apl dan bahasa yang berbeza.

Untuk membuka papan kekunci pada skrin, ketik kotak teks.

Tukar antara aksara huruf besar dan huruf kecil

Ketik kekunci anjak. Untuk menghidupkan mod kunci huruf besar, ketik dua kali kekunci. Untuk kembali ke mod biasa, ketik kekunci anjak sekali lagi.

Taipkan nombor atau aksara yang khas

Ketik kekunci nombor dan simbol. Sesetengah kekunci aksara khas mengeluarkan lebih banyak syimbol. Untuk melihat lebih banyak simbol. ketik dan tahan simbol atau aksara yang khas.

Masukkan emoji

Ketik kekunci emoji dan pilih emoji.

Salin atau tampal teks

Ketik dan tahan perkataan, seret penanda sebelum dan selepas perkataan untuk menyerlahkan bahagian yang anda mahu salin, dan ketik SALIN. Untuk menampal teks, ketik tempat yang anda mahu tampalkan teks dan pilih TAMPAL.

Tambah tanda aksen kepada aksara

Ketik dan tahan aksara dan ketik tanda akses atau aksara yang beraksen, jika disokong oleh papan kekunci anda.

Padam aksara

Ketik kekunci undur ruang.

Gerakkan kursor

Untuk mengedit perkataan yang anda baru sahaja tulis, ketik perkataan dan seretkan kursor ke tempat yang anda mahu.

Gunakan cadangan perkataan papan kekunci

Telefon anda mencadangkan perkataan ketika anda menulis, untuk membantu anda menulis dengan cepat dan lebih tepat. Cadangan perkataan mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa.

Apabila anda mula menulis perkataan, telefon anda mencadangkan perkataan yang mungkin. Apabila perkataan yang anda mahu ditunjukkan dalam bar cadangan, pilih perkataan tersebut. Untuk melihat lebih banyak cadangan, ketik dan tahan cadangan.

Petua: Jika perkataan yang dicadangkan ditandakan dengan huruf tebal, telefon anda menggunakannya secara automatik untuk menggantikan perkataan yang anda tulis. Sekiranya perkataan tersebut salah, ketik dan tahan perkataan itu untuk melihat beberapa cadangan lain.

Jika anda tidak mahu papan kekunci mencadangkan perkataan semasa menaip, matikan pembetulan teks. Ketik Tetapan > Sistem > Bahasa & input > Papan kekunci maya. Pilih papan kekunci yang biasa anda gunakan. Ketik Pembetulan teks dan matikan kaedah pembetulan teks yang anda tidak mahu gunakan.

Did you find this helpful?
  • Pastikan telefon anda terkini
  • Kekunci dan bahagian
  • Masukkan atau keluarkan SIM dan kad memori
  • Caskan telefon anda
  • Hidupkan dan sediakan telefon anda
  • Tetapan Dwi SIM
  • Menyediakan ID cap jari
  • Kunci atau buka kunci telefon anda
  • Gunakan skrin sentuh
Asas
  • Peribadikan telefon anda
  • Buka dan tutup apl
  • Pemberitahuan
  • Kawal kelantangan
  • Tangkapan skrin
  • Hayat bateri
  • Menjimatkan kos perayauan data
  • Tulis teks
  • Tarikh dan masa
  • Jam dan penggera
  • Kalkulator
  • Kebolehcapaian

Useful Links

PDFSoftware Updates

Countries and Languages

As we offer product user guides in many languages across different regions, you may be redirected to a Nokia phones web page outside of your selected location.

Countries and Languages

Choose Language

Contact the support team

Chat with us

Before starting chat with our customer support, please leave your contact details. Contact our chat support for online purchases support, product information, warranty support.

Start chat

Chat with us

Before starting chat with our customer support, please leave your contact details. Contact our chat support for online purchases support, product information, warranty support.

Fields marked with an asterisk are mandatory.

Your personal data will be processed according to HMD Global’s Privacy Policy and the HMD Support Supplement.

Email us

Tell us about your problem and we'll get back to you via email.

Contact us

Care centers

Prefer to bring your device in for our experts to have a look at? Find the location of your nearest Nokia & HMD phones, tablets and accessories care center.

Find a care center near you