Baca garis panduan ringkas ini. Sekiranya tidak dipatuhi, anda mungkin mengalami keadaan berbahaya atau melanggar undang-undang dan peraturan setempat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, baca panduan pengguna yang lengkap.
Matikan peranti apabila peranti mudah alih tidak dibenarkan atau apabila peranti itu boleh menyebabkan gangguan atau bahaya, contohnya, di dalam pesawat, di hospital atau berdekatan dengan peralatan perubatan, bahan api, kimia, atau kawasan letupan. Patuhi semua arahan di kawasan larangan.
Patuhi semua undang-undang setempat. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan kenderaan semasa memandu. Pertimbangan pertama anda semasa memandu hendaklah keselamatan jalan raya.
Semua peranti wayarles boleh terdedah kepada gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
Hanya kakitangan yang dibenarkan boleh memasang atau membaiki produk ini.
Hanya gunakan bateri, pengecas, dan aksesori lain yang diluluskan oleh HMD Global Oy untuk digunakan dengan peranti ini. Jangan sambungkan produk yang tidak serasi.
Jika peranti anda kalis air, lihat penilaian IP dalam spesifikasi teknikal peranti untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci.
Peranti dan/atau skrin peranti diperbuat daripada kaca. Kaca ini boleh pecah jika peranti terjatuh di atas permukaan yang keras atau menerima impak yang kuat. Jika kacan pecah, jangan sentuh bahagian kaca peranti tersebut atau cuba mengeluarkan kaca yang pecah daripada peranti. Berhenti menggunakan peranti sehingga kaca digantikan oleh kakitangan perkhidmatan yang dibenarkan.
Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran yang mungkin berlaku pada tahap kelantangan yang tinggi bagi tempoh masa yang lama. Amalkan sifat berwaspada apabila memegang telefon anda berdekatan dengan telinga anda semasa pembesar suara sedang diguna.
Before starting chat with our customer support, please leave your contact details. Contact our chat support for online purchases support, product information, warranty support.
Start chatPrefer to bring your device in for our experts to have a look at? Find the location of your nearest Nokia & HMD phones, tablets and accessories care center.
Find a care center near you