Panduan pengguna Nokia G60 5G

Skip to main content
All Devices

Nokia G60 5G

Masukkan SIM dan kad memori

Masukkan kad

Masukkan kad
  1. Buka dulang kad SIM: tolak pin pembuka dulang ke dalam lubang dulang dan luncurkan dulang keluar.
  2. Jika anda mempunyai telefon satu SIM, masukkan kad nano-SIM dalam slot 1 dan kad memori dalam slot 2 pada dulang dengan bahagian sentuhan menghadap ke bawah. Jika anda mempunyai telefon dwiSIM, masukkan kad nano-SIM dalam slot 1 dan sama ada SIM kedua atau kad memori dalam slot 2 dengan bahagian sentuhan menghadap ke bawah.
  3. Luncurkan dulang ke dalam kembali.

Jika anda ada kad eSIM dan bukan kad SIM fizikal, hidupkan telefon anda dan ikut arahan pada telefon. Untuk dapat mengaktifkan eSIM anda, anda memerlukan sambungan Wi-Fi. Harap maklum bahawa jika anda mempunyai telefon satu SIM, anda hanya boleh mempunyai satu kad SIM, sama ada fizikal atau eSIM, yang aktif pada satu masa. Jika anda mempunyai telefon dwiSIM, anda boleh mempunyai dua kad SIM fizikal atau satu kad SIM fizikal dan satu eSIM yang aktif pada satu masa. Untuk mendapatkan maklumat tentang kad eSIM, hubungi pengendali rangkaian anda.

Jika anda mempunyai kad eSIM

Jika anda ada kad eSIM dan bukan kad SIM fizikal, hidupkan telefon anda dan ikut arahan pada telefon. Untuk dapat mengaktifkan eSIM anda, anda memerlukan sambungan Wi-Fi. Untuk membeli kad eSIM, hubungi pengendali rangkaian anda. Harap maklum bahawa jika anda mempunyai telefon satu SIM, anda hanya boleh mempunyai satu kad SIM, sama ada fizikal atau eSIM, yang aktif pada satu masa. Jika anda mempunyai telefon dwiSIM, anda boleh mempunyai dua kad SIM fizikal atau satu kad SIM fizikal dan satu eSIM yang aktif pada satu masa. Untuk mendapatkan maklumat tentang kad eSIM, hubungi pengendali rangkaian anda.

Petua: Untuk mengetahui sama ada telefon anda boleh menggunakan 2 kad SIM, lihat label pada kotak jualan. Jika terdapat 2 kod IMEI pada label, anda mempunyai telefon dwi SIM.

Penting: Jangan keluarkan kad memori apabila apl menggunakan kad tersebut. Berbuat demikian boleh merosakkan kad memori dan peranti serta merosakkan data yang disimpan pada kad.

Petua:Gunakan kad memori microSD sehingga 1 TB yang pantas daripada pengilang yang terkenal.
Did you find this helpful?
Bermula
  • Pastikan telefon anda terkini
  • Kekunci dan bahagian
  • Masukkan SIM dan kad memori
  • Caskan telefon anda
  • Hidupkan dan sediakan telefon anda
  • Gunakan skrin sentuh
  • Gunakan eSIM anda

Useful Links

PDFSoftware Updates

Countries and Languages

As we offer product user guides in many languages across different regions, you may be redirected to a Nokia phones web page outside of your selected location.

Countries and Languages

Choose Language

Contact the support team

Chat with us

Before starting chat with our customer support, please leave your contact details. Contact our chat support for online purchases support, product information, warranty support.

Start chat

Chat with us

Before starting chat with our customer support, please leave your contact details. Contact our chat support for online purchases support, product information, warranty support.

Fields marked with an asterisk are mandatory.

Your personal data will be processed according to HMD Global’s Privacy Policy and the HMD Support Supplement.

Email us

Tell us about your problem and we'll get back to you via email.

Contact us

Care centers

Prefer to bring your device in for our experts to have a look at? Find the location of your nearest Nokia & HMD phones, tablets and accessories care center.

Find a care center near you